Ok.. cerita tentang bukit tinggi pulak. Aku tak pernah pergi bukit tinggi dan first impression aku.. cantik banget! Cuaca kat sana pun sedang2 jek.. tak panas sgt.. tak sejuk sangat. Tapi bila malam.. sejuk teramat sampai ke sum2 tulang. Kat sana kitaorg menginap di apartment bukit tinggi golf resort. Hari pertama sampai, check in dan terus melawat japanese tea garden dan colmar tropicale. Japanese tea garden ni macam garden kat jepun.. sejuk banget kat sini. Memang menarik permandangan kat sini. Lepas sesi tawaf japanese garden tu dan sesi berposing, kitaorg pegi lak ke clomar tropicale theme park. Theme park kat sini sebijik macam kat oversea. Seni bina bangunan pun menarik. Kalau korang nak tgk gamabr2 kat sana klik sini tapi soory le gambar tak berapa clear. Digicam aku ni meragam sejak kena rendam kat sg congkak dulu.
Oleh kerana semua dah keletihan so lepas melawat colmar tropicale tu terus balik ke apartmen masing2. Dan seperti biasa dak fomfuan jadik 'bibik' masak apa yg patut untuk perut2 dak laki. Habis masak, interkom dorang suruh naik atas makan. Senang kan jadi org laki ni erkk...
Malam tu pulak xtvt berboling. Aku tak join le sekadar jadi pom pom girl jek. Kebetulan ada game arcade kat situ, apa lagi makcik pun lepas gian main game. Dah lama tak main game, abis gak le rm 5 main game.. tu pun nasib baik cepat sedar diri, kalau tak maunya berpuluh2 gak abis.
Esoknya pulak lepas breakfast, kitaorg melawat rabbit farm. Rabbit yang bermacam2 spesis dilepaskan kat farm tu so visitor boleh main2 ngan rabbit tu. aku tengok jek le budak2 ni pegang rabbit.. nak pegang makcik tak berani. Ntah le, memang fobia dengan haiwan berbulu ni. Lepas lepak sekejap kat rabbit farm tu bertolak balik ke KL. Singgah sekejap lunch kat KFC sri gombak. Lepas tu aku terpaksa berkejar balik ke jb sebab ari ni kerja. So seperti biasa buli supir kancil merah soh hantar sampai pudu. Punya le laju mamat ni pecut sebab takut aku kena tinggal bas. Anyway, thanx a lot, dude!
To all geng MTU.. thanx a lot.. aku btul2 enjoy trip ni. Next trip ke mana lak yekk...
Aku pernah jugak jumpa orang yg murtad ni.. beberapa hari lepas. Ada le sorang patient ni datang ke klinik aku. Nama dekat ic melayu. Dia bawak le sorang budak pompuan cina ni.. aku mati2 ingat kakak ni pembantu rumah sebab dia bawak budak pompuan cina tu. Sekali aku dengar budak cina tu panggil dia mama. Aku ni biasalah kepoh sket.. nak jugak tau kan..
Aku: Siapa ni kak?
Dia: Anak akak
Konpius.. camne nama dia melayu.. nama anak dia cina. Tak puas ati aku tanya balik
Aku: husband akak cina ye?
Dia: yup
Aku: convert islam?
Dia: tak
Haaa.. melopong kejap aku. Dia dengan selambanya bagitau husband dia tak convert islam. Kalau macam tu macam mana dia kawen sedangkan husband dia tak convert islam
Dia: Akak ikut suami akak..
Maksudnya dia yg convert jadi cina. MengucaP panjang aku.
Aku: family akak tak marah ke.. akak tak rasa berdosa ke
Dia: i'm happy now
Aku rasa nak jek lempang muka kakak tu. Selamba jek muka dia cakap ngan aku dia bahagia skrang dengan cara hidup dia.
Memang sebagai dr aku takde hak nak campur urusan peribadi pesakit aku, tapi aku rasa sebagai muslim aku ada hak untuk memberi pandangan dan nasihat pada insan yg tergelincir dari landasan walaupun aku tak sesempurna mana. Aku dah nasihatkan dia, tanggungjawab aku dah lepas. Cuma aku berdoa agar Allah bukakan kembali pintu hatinya untuk bertaubat. Kadang2 cinta boleh buat manusia jadi buta. Entahlah.. mintak dijauhkan aku dari perkara2 sedemikian.. nauzubillah. posted by cik leed 9:33:00 PM